Monday, September 08, 2008

Asal-usul Nama Taiping


Sekarang kita belajar tentang asal-usul nama bandar Taiping, bandar yang menjadi tempat asal cikgu yang terletak di dalam daerah Larut, Matang dan Selama. Bandar ini terkenal dengan gelaran bandar orang pencen kerana ramai penduduk di sini adalah merupakan pesara tak kira la sama ada kerajaan, swasta atau yang bekerja sendiri. Mungkin kerana ketenangan bandar Taiping dan suasana yang sejuk dan segar menjadikannya bandar yang sesuai untuk didiami. Bandar ini jugak terkenal kerana sering hujan sehingga menjadi kawasan yang paling banyak dituruni hujan di Malaysia.

Bandar Taiping merupakan pusat bandar daerah Larut, Matang dan Selama . Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Taiping bermaksud "AMAN" atau "DAMAI" dalam bahasa Mandarin. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak pendatang Negara China yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang bergitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air.

Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, TAIPING telah dipilih untuk nama baru bagi bandar di daerah Larut.

6 comments:

Habshah said...

PERGURUAN
perguruAssalammualaikum,

Ya, kampong kita ini dekat dengan bandar Taiping. Semoga kita dapat lagi balik kampong, macam dulu-dulu.
love you.

Siti Mariam AK said...

salam...
insyaallah ada masa dan ketika kita akan berkumpul semula macam dulu-dulu. Hari raya ni balik la kg ye...

Anonymous said...

cikgu,
masuk kan lebih byk photo tentang kg halaman saya ya!!

love u!! -mrak

Siti Mariam AK said...

mrak...
ok nnt balik raya nie saya akan ambil lebih byk gambar dan post dalam nie
tq atas sokongan ye
love u too

Unknown said...

q\

Anonymous said...

APAPUN TIDAK APA YANG NAK DIBANGGAKAN DENGAN NAMA “TAIPING” KONONNYA NAMA PENYATUAN DARI BANGSA YANG MENYAMUN DENGAN MEMBAWA BUDAYA KONGSI GELAP KEDAERAH TEMPATAN YANG PATUT DI HORMATI BERBANDING KALIAN PAUH NAMA ASAL YANG WAJIB DIMULIAKAN, KERANA TANAH YANG DI PIJAK TANAH MELAYU