Friday, September 12, 2008

CD Pecutan Akhir Sejarah SPM dan PMR 2008

Inilah dia CD Pecutan Akhir Sejarah SPM dan PMR 2008 yang diusahakan oleh Guru-guru Sumber Sejarah dibawah seliaan Tuan Haji Abdul Razak Manaf, Penyelia Kurikulum Sejarah, Jabatan Pelajaran Perak. Hari Isnin, CD ini insyallah akan mula diedarkan ke sekolah-sekolah menengah seluruh Perak. Diharapkan CD ini dapat digunakan sepenuhnya oleh guru-guru Sejarah untuk latihan dan manafaat para pelajar sebelum menghadapi SPM dan PMR.

Hari ini kerja-kerja untuk menyiapkan CD ini diteruskan lagi seperti memasukkan surat edaran kepada sekolah-sekolah ke dalam envelop. Kelihatan Cikgu Habshah dan Cikgu Norihan melaksanakan kerja-kerja tersebut.
Kerja-kerja dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti burn CD ditugaskan kepada Cikgu Jamil, Cikgu Daud dan Cikgu Rosli membantu. Cikgu Rohaiza pula memeriksa CD yang telah di burn untuk memastikan data tersebut ada dalam CD.

Manakala Cikgu Zuraidi pula ditugaskan memasukkan CD tersebut ke dalam sampul dan seterusnya sampul dilekatkan. Tuan Haji Razak juga turut membantu dalam kerja-kerja tersebut dengan menulis nama sekolah di sampul-sampul surat. Ada lebih kurang 250 sekolah menengah di seluruh Perak.
Semoga CD ini dapat membantu para pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM dan PMR dengan mendapat keputusan yang cemerlang seterusnya menjadi Perak Gemilang yang sentiasa No 1.

2 comments:

Hazlin Nazri said...

mana gambo ko? tak nampak pun. nyorok ye. ke pegi toilet?

Siti Mariam AK said...

lin aku tukang ambik gambar jadi tak masuk ler...