Saturday, September 13, 2008

Faktor Yang Melemahkan Minda

Peperiksaan percubaan tengah berjalan dan pada 12 November ini bermula peperiksaan SPM yang sebenarnya. Jika dalam peperiksaan percubaan ini pelajar tidak dapat menjawab dengan cemerlang, jangan putus asa masih lagi ada masa untuk berusaha. Sebelum itu kita pastikan kita tidak melakukan perkara-perkara yang melemahkan minda kita hingga menyebabkan apa yang dibaca susah untuk diingati. Mata pelajaran Sejarah adalah satu mata pelajaran yang memerlukan para pelajar membaca dan menghafal, maka minda yang segar amat perlu.

Antara penyebabnya :
>· Makan kepala ikan.
>· Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
>· Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
>· Makan makanan ringan dan makanan segera.
>· Makan berlebihan , makanan yang terlalu berlemak dan kandungan gula tinggi
>· Makan bawang mentah
>· Makan makanan atau buah yang masam secara kerap ( jeruk, asam )
>· Pengambilan kafein yang terlalu banyak ( kopi, nestcafe )
>· Minum antara suapan makan , maksudnya jangan minum sebelum anda selesai makan.
>· Minum minuman bergas dan beralkohol
>· Sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju , gusti , dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa . Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamine akan berkurangan di dalam sel-sel otak . Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.
>· Merokok
>· Kepala terdedah kepada panas terik cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang.
>· Tidur pada waktu asar
>· Kurang tidur
>· Tidur pada tengkuk ( belakang kepala )
>· Fikiran runsing, stress dan hati sedih
>· Melakukan maksiat dan dosa
>· Tekanan darah tinggi
~ Dengan izin Allah s.w.t. kita akan lulus dengan cemerlang. ~

No comments: