Thursday, September 11, 2008

Mesyuarat Pemurniaan Pecutan Akhir Sejarah JPN Perak

Mesyuarat Pemurnian Modul untuk Pecutan Akhir Sejarah PMR dan SPM telah dijalankan pada hari ini dan esok iaitu 11 dan 12 September 2008 di Sekolah Kebangsaan Sri Kinta, Jalan Hospital, Ipoh. Hari ini dimulakan dengan taklimat dari Tuan Haji Abdul Razak Manaf, Penyelia Kurikulum Sejarah, Jabatan Pelajaran Perak dan diikuti oleh Encik Puzie Yahya.

Setelah selesai taklimat, kerja-kerja memurnikan modul diteruskan oleh Encik Puzie dan Tuan Haji Nazri dengan dibantu oleh beberapa orang JU. Sementera yang lain sibuk membantu dengan menulis tajuk CD, Puan Habshah dan Puan Norihan memotong kertas untuk cover dan memasukkannya ke dalam plastik untuk kulit CD.

Cikgu Idris pula ditugaskan untuk mengecop alamat sekolah di sampul surat untuk dihantar ke sekolah-sekolah menengah seluruh Perak. Insyaallah hari Isnin depan CD ini akan mula diedarkan ke sekolah-sekolah. Proses yang penting iaitu untuk burn CD akan dijalankan esok.

No comments: