Wednesday, September 24, 2008

Ucapan Hari Raya Dari Rakan Blogger

Hari ini terima kad hari raya dari Cikgu Hazlin, rakan blogger satu sekolah. Terima kasih Lin atas ingatan. Ok lepas nie tunggu ye balasan kad raya. Orang dah bagi kena la balaskan....
Macam masa sekolah dulu, bila hantar kad raya pada kawan-kawan sekolah mesti ada antaranya yang ditulis "Pecah kaca, pecah gelas. Sudah baca harap balas". Hehehe.... mesti rakan-rakan guru ada nostalgiakan dengan kad raya yang ditulis ayat tersebut. Pelajar-pelajar sekarang mesti tak biasa dengan tradisi pemberian kad raya sebab dah biasa dengan kad elektronik dan sms. Iye la zaman dah majukan sekarang. Tapi kad raya nie ada "personal touch" dari mereka yang menghantarnya dan boleh ditatap berkali-kali. Berbeza dengan e-card dan sms yang mungkin kata-kata tersebut di "forward" sahaja dari sms yang pernah diterima. Berbezakan tradisi dulu dan sekarang. Semakin meningkat umur kita, semakin berubah suasana dan sambutan sesuatu perayaan. Semua yang kita alami dahulu akan menjadi sejarah yang tak mungkin kita lupakan dan dikenang sepanjang hayat dikandung badan.

No comments: