Mesyuarat Guru untuk sesi persekolahan 2009 telah diadakan pada pukul 9.00 pagi hari ini 30 Disember 2008 bertempat di Bilik Persidangan. Mesuarat telah dipengerusikan oleh Pengetua Kanan, Puan Siti Arfah Binti Ibrahim. Dimulakan dengan Puan Pengtua memberi motivasi dan harapan kepada para guru untuk menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada tahun 2009. Seterusnya Penolong Kanan En Mohd Lotpi Razali menerangkan tentang pentadbiran dan kurikulum. Diikuti dengan En Wan Yusaini, Penolong Kanan HEM dan En Zulkipli Ismail, Penolong Kanan Ko-kurikulum.
Gambar disebelah kiri adalah gambar barisan kepimpinan SMTSM dan gambar guru-guru di sekitar mesyuarat berlangsung
Tahun 2009, terdapat 9 orang guru baru dan yang berpindah ke SMTSM.
Semasa mesyuarat setiap guru dibekalkan dengan Buku Rekod Mengajar, Buku Pengurusan dan Perancangan 2009 dan Diari Jabatan Pelajaran Perak 2009.

Semoga sesi persekolahan 2009 akan menjadikan SMTSM Sekolah Teknik Terunggul Di Perak. Betulkan niat, tentukan matlamat dan bekerjalah dengan rasa seronok seperti kata Pengetua semasa dalam kata-kata aluan.
2 comments:
Assalammualaikum,
Ya niat mesti betul supaya rezeki yang kita dapat berkat.
Buku Retire Rich dipinjam dari Perpustakaan Negara, jadi tidak boleh pinjam pada orang lain pula.
Terimakasih. Love you always.
ok tak pe nanti akan cuba cari kat kedai buku. mana tau dah baca nanti bole jadi kaya. hahahaha
Post a Comment