Tuesday, August 05, 2008

Kelas tambahan sejarah bersama 5ICT











































Peperiksaan percubaan SPM tak lama lagi dan sukatan pelajaran Tingkatan 5 nampaknya belum habis lagi... Terutama sekali bab yang penting iaitu bab 9 : Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa. Oleh itu kelas tambahan diadakan malam ini untuk mempercepatkan lagi pengajaran dan pembelajaran sejarah supaya sebelum peperiksaan percubaan, latih tubi boleh diadakan dan sukatan pelajaran selesai. Insyaallah.
Malam ni mula dengan topik Konflik Antarabangsa iaitu tentang Perang Dunia Pertama (1914-1918) dan Perang Dunia Kedua (1935-1945). Seterusnya masuk juga topik Blok Dunia dan Perang Dingin. Topik ni nampaknya diminati oleh pelajar, jadi banyak juga soal jawab dari mereka. Tapi tak semua pelajar yang datang dari 21 pelajar hanya 18 sahaja yang hadir

No comments: