Saturday, May 23, 2009

BAB 1 KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat:
1. Menghuraikan faktor-faktor imperialisme Barat di AsiaTenggara.
2. Mengenal pasti perubahan dalam sistem politik yang diperkenalkan oleh kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara.
3. Membandingkan sistem pentadbiran sebelum dan semasa penjajahan kuasa-kuasa Barat di Asia Tenggara.
4. Menghuraikan faktor-faktor nasionalisme di Asia Tenggara.
5. Menghuraikan perkembangan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara.

MAKSUD IMPERIALISME
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya untuk kepentingan tertentu Berlaku sejak semenjak zaman Empayar Yunani dan Rom
Imperialisme moden bermula sejak abad ke-15, di mana kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan Asia

Imperialisme Barat di Asia Tenggara

Terdiri daripada Portugal, Sepanyol, Belanda, Britain, Peranchis dan Amerika Syarikat
1511 Portugis berjaya menawan Melaka dan Timor Laste
Sepanyol dan Amerika Syarikat menjajah Filipina
Belanda menjajah Indonesia
British menjajah Myanmar, Tanah Melayu,Sabah, Sarawak dan Brunei
Peranchis menjajah IndoChina

Pada awalnya, imperialisme Barat bertujuan untuk menguasai perdagangan rempah sahaja. Kesan Revolusi Perindustrian, berlaku persaingan kuasa Barat semakin sengit untuk menguasai ekonomi & politik tanah jajahan.
Menjelang tahun 1914, seluruh Asia Tenggara kecuali Thailand telah dijajah oleh imperialis Barat

No comments: