Saturday, May 23, 2009

Hari Guru 2009 Peringkat Sekolah

Semalam Jumaat, 22 Mei 2009 diadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa. Guru-guru dan kakitangan sekolah ceria dengan baju batik KGKT yang baru.
Sambutan dimulakan dengan guru-guru diketuai oleh Pengetua Cemerlang sekolah Puan Siti Arfah Ibrahim berarak bermula dari pejabat sekolah ke dewan sekolah dengan diiringi oleh pasukan kompang sekolah dan bunga manggar. Gambar di atas adalah sementara menunggu bermulanya perarakan tersebut.
Pelajar-pelajar telah pun menunggu guru-guru di dalam dewan.
Pengetua, Penolong-penolong Kanan dan Pengerusi PIBG.
Setelah selesai membaca perutusan maka tibalah acara yang dijalankan setiap kali diadakan sambutan Hari Guru iaitu nyanyian lagu tema iaitu Guru Pembina Negara Bangsa, lagu Guru Malaysia dan Bacaan Ikrar Hari Guru.
Kami guru Malaysia...
Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putera puteri negara kita.......
Guru-guru SMTSM bersemangat semasa menanyikan lagu Guru Malaysia.
Selepas rehat, diadakan pertunjukan pentas oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dan diikuti dengan majlis penyampaian hadiah dari KGKT dan hadiah untuk pertandingan sukan yang telah diadakan minggu lepas dan minggu nie.

No comments: