Thursday, July 23, 2009

Kuiz Sejarah dan Patriotisme 2009 Daerah Manjung

Hari ini telah diadakan Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme Sekolah Menengah Daerah Manjung Tahun 2009 bertempat di SMK Dato' Idris. Seramai 4 pelajar telah dipilih untuk mewakili setiap sekolah di daerah Manjung.

Pertandingan diadakan dalam bentuk bertulis dan soalan terdapat dalam bentuk objektif dan subjektif. Dua gambar di atas dan gambar sebelah kiri di bawah adalah ketika para pelajar dari setiap sekolah tekun dan khusyuk menjawab soalan-soalan secara individual.

Gambar di sebelah kanan di atas adalah ketika sesi guru-guru pengiring sedang memeriksa jawapan para pelajar.

Setelah tamat pemeriksaan kertas jawapan dan pemenang-pemenang diperolehi maka sesi penutupan dijalankan. Encik Osman Bin Ahmad, Pegawai Khas Kokurikulum dari PPD Manjung telah menyempurnakan proses majlis penutupan dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah.

Alhamdulillah peserta-peserta dari Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung telah memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Siti Norfika Binti Khamis selaku Ketua Pasukan telah menerima hadiah bagi pihak rakan-rakan yang lain.

Wakil dari SMTSM yang telah berjaya mendapat tempat ketiga, dari kiri Nur Amirah Binti Amran, Siti Aqilah Binti Zainddin, Siti Norfika Binti Khamis dan Roslina Binti Mohd Jelani. Gambar sebelah kanan di atas pasukan sekolah bergambar bersama-sama dengan Encik Osman Bin Ahmad.

Atas kejayaan mereka maka setiap seorang diberi hadiah bonus iaitu belanja makan di KFC. Moga di tahun-tahun yang akan datang pasukan sekolah akan memperolehi kejayaan lagi. Insyaallah..

2 comments:

Amirul said...

assalamuaikum,
Saya Amirul Izzat dari KL juga alumni stesma..terima kasih kepada para guru yang telah mendidik sy sehingga ke tahap ini..Sekarang me3lanjutkan pengajian di UniKL BMI dalam Jurusan Ijazah Sarjana Muda(kepujian)Teknologi Kejuruteraan Elektrikal.Di stesma Sy di dklas 5pke1 batch 03/04.kpada guru2,jika masih ada no cikgu rosli samot..sila email kpada sy.. di amir.amirza@gmail.com..

Tahniah Stesma!!

Anonymous said...

assalamualaikum..
apakah skop dan tajuk soalan yang ditanya? boleh beri contoh soalan subjektif bagaimana? dan bilangan soalan2 objektif dan subjektif.terima kasih