Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

Kuiz Sejarah dan Patriotisme 2009 Daerah Manjung

Hari ini telah diadakan Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme Sekolah Menengah Daerah Manjung Tahun 2009 bertempat di SMK Dato' Idris. Seramai 4 pelajar telah dipilih untuk mewakili setiap sekolah di daerah Manjung.

Pertandingan diadakan dalam bentuk bertulis dan soalan terdapat dalam bentuk objektif dan subjektif. Dua gambar di atas dan gambar sebelah kiri di bawah adalah ketika para pelajar dari setiap sekolah tekun dan khusyuk menjawab soalan-soalan secara individual.

Gambar di sebelah kanan di atas adalah ketika sesi guru-guru pengiring sedang memeriksa jawapan para pelajar.

Setelah tamat pemeriksaan kertas jawapan dan pemenang-pemenang diperolehi maka sesi penutupan dijalankan. Encik Osman Bin Ahmad, Pegawai Khas Kokurikulum dari PPD Manjung telah menyempurnakan proses majlis penutupan dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah.

Alhamdulillah peserta-peserta dari Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung telah memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Siti Norfika Binti Khamis selaku Ketua Pasukan telah menerima hadiah bagi pihak rakan-rakan yang lain.

Wakil dari SMTSM yang telah berjaya mendapat tempat ketiga, dari kiri Nur Amirah Binti Amran, Siti Aqilah Binti Zainddin, Siti Norfika Binti Khamis dan Roslina Binti Mohd Jelani. Gambar sebelah kanan di atas pasukan sekolah bergambar bersama-sama dengan Encik Osman Bin Ahmad.

Atas kejayaan mereka maka setiap seorang diberi hadiah bonus iaitu belanja makan di KFC. Moga di tahun-tahun yang akan datang pasukan sekolah akan memperolehi kejayaan lagi. Insyaallah..

Sunday, March 08, 2009

Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-11 2009

7 Mac 2009 berlangsungnya Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-11 2009 sekolah yang telah dirasmikan oleh Timbalan PPD Manjung, Encik Suhaimi Ramli. Walaupun sambutannya sederhana tetapi meriah kerana mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak.

Gambar di atas Encik Suhaimi Ramli dibawa ke tempat keohanan di Padang Sekolah dengan diiringi oleh pasukan kompang sekolah dan guru-guru berbaris di sepanjang jalan untuk menyambut kedatangan beliau.

Para tetamu di khemah dan suasana di sekitar padang sekolah.

Sebahagian hadiah yang menjadi rebutan dan penyampaian hadiah oleh Encik Zulkipli Ismail, PK Ko-ko kepada pemenang.

Majlis hari itu disudahi dengan jamuan makan tengahari di Dewan Makan Aspuri dengan menu masakan kampung.

Thursday, March 05, 2009

Raptai KOT Ke-11 2009

Semalam dan hari ini diadakan raptai untuk Kejohanan Olahraga Tahunan sekolah Kali Ke -11. Sambil diadakan raptai, persiapan terakhir untuk majlis ini rancak dijalankan. Khemah-khemah mula dipasang begitu jugak dengan hiasan di pavilion.

Juruacara memainkan peranan penting dalam sesuatu acara, untuk KOT kali ini, pengacara yang tak asing lagi iaitu Cikgu Sabri dan Cikgu Fatihah.

Raptai untuk pemain kompang jugak diadakan sempena menyambut kehadiran tetamu kehormat yang akan merasmikan acara KOT tahun ini.

Lintas hormat ahli-ahli rumah sukan diadakan. Nampak gayanya kena berlatih lagi....
Sukan sekolah akan berlangsung pada 7 Mac 2009 sebelah pagi di Padang Sekolah. Jika ada kesempatan datang la untuk memeriahkan sukan kali ini

Saturday, February 14, 2009

Larian STESMA 2009

Hari nie adalah hari persekolahan menggantikan cuti sempena Tahun Baru Cina yang lalu dan sekolah telah mengadakan Larian STESMA 2009. Bermula dengan sesi warming-up oleh para pelajar sebelum dilepaskan oleh Puan Siti Arfah, Pengetua Kanan SMTSM. Bermula dengan pelajar lelaki yang berlari sejauh 8 km dan kemudiannya pelajar perempuan sejauh 6 km.

Inilah hadiah piala pusingan untuk larian kali ini.

Di atas adalah antara hadiah untuk para pelajar. Oleh kerana hanya pelajar tingkatan 5 sahaja yang mengambil bahagian (kerana pelajar tingkatan 4 akan mendaftar pada 23 Februari) maka hadiah bagi tahun ini tidak sebanyak tahun lepas.

Pelajar sebaik sahaja dilepaskan.

Pelajar perempuan tiba di check point 2 di Kampung Permatang, dan diberi tali.

Guru-guru yang bertugas sebagai pencatat. Pengetua turut berada di situ memberi sokongan.

Pelajar rumah Kuning atau Tun Perak melaporkan diri untuk mengutip mata.
Keseluruhannya Larian STESMA kali ini dimenangi oleh rumah kuning atau Tun Perak bagi pelajar lelaki dan perempuan.

Saturday, January 17, 2009

Majlis Memperingati Palestine


Hari ini Sabtu 17 Januari 2009, merupakan hari persekolahan untuk menggantikan cuti sempena Tahun Baru Cina. P & P berjalan seperti biasa bagi pelajar-pelajar teknik dan ICT manakala pelajar-pelajar vokasional pula mengikuti penyelarasan modul bersama-sama guru-guru MPAV. Bermula pukul 12.20 hingga 1.45 Majlis Memperingati Palestine telah diadakan dengan mengundang En Raai Yusop untuk memberi ceramah yang bertajuk Perkongsian Maklumat dan Perbincangan Tentang Tragedi Gaza dan Umat Islam.

Setelah selesai ceramah, kutipan tabung untuk rakyat Palestine telah dilancarkan oleh Pengetua Kanan Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung, Puan Siti Arfah Ibrahim.

Guru-guru dan pelajar-pelajar yang mengikuti majlis tersebut khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan.

Sunday, January 04, 2009

Sesi Persekolahan 2009 Bermula

Pelajar-pelajar Tingkatan 5 sesi persekolahan 2009 telah mendaftarkan diri bermula pukul 2.00 petang tadi di Dewan Sekolah. Buku teks juga telah diedarkan supaya sesi pengajaran dan pembelajaran boleh bermula esok.
Semoga pelajar datang dengan semangat dan azam yang baru untuk mencapai kecemerlangan pada tahun ini. Guru-guru juga sudah tidak sabar untuk memulakan p&p setelah bercuti.

Sunday, October 19, 2008

Kenapa?????



Terdapat pertanyaan kenapa terdapat ruang kosong antara Ustaz Lotpi dan guru-guru lain di barisan hadapan gambar-gambar yang telah diambil? Sila lihat gambar-gambar di atas. Inilah juga yang menjadi pertanyaan guru-guru semasa proses mengambil gambar. Jawapan yang diberikan adalah tempat itu dikosongkan untuk diletak gambar Encik Zulkipli Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum yang sedang berkursus PTK semasa gambar diambil. Gambar Encik Zulkipli akan diletakkan kemudian secara superimpose. Jangan tak tahu guru-guru SMTSM juga pandai teknik superimpose gambar. Kita nantikan sahaja gambar yang telah siap di "superimpose" nanti.

Friday, October 17, 2008

Guru-guru Bidang Kemanusiaan

Dua gambar di atas dan bawah ini adalah semasa dalam persediaan untuk mengambil gambar bagi guru-guru bidang kemanusiaan tahun 2008.
Di bawah setelah semua bersedia untuk dipotretkan.
Duduk dari kiri ke kanak: Ustaz Muhammad Zulnizam, Ustaz Mohamad Fauzi (Ketua Panitia Pendidikan Islam), Ustaz Syed Sharim (Ketua Panitia Pendidikan Moral), Ustaz Mohd Lotpi (Penolong Kanan), Puan Siti Arfah (Pengetua Kanan), Encik Wan Yusaini (Penolong Kanan HEM), Encik Mohd Sulaimi (Guru Kanan Bidang Kemanusiaan), En Ahmad Jamil, Cik Siti Mariam (Ketua Panitia Sejarah) dan Ustazah Hayati.
Berdiri dari kiri ke kanan: Puan Mazlinawati, Ustazah Nurul Hamiza, Puan Musliha, Ustazah Roslina dan Puan Norma.
Guru Kanan Bidang Kemanusiaan, Encik Mohd Sulaimi Bin Md Islam.