Dalam Bab 8 Tingkatan 4, Buku Teks Sejarah ada satu tajuk tentang pendidikan tidak formal bagi masyarakat Melayu sebelum kedatangan barat. Antara cara pendidikan ini disampaikan adalah melalui Sastera Rakyat.
Sastera rakyat ialah kesusasteraan yang lahir di kalangan rakyat. Pada lazimnya, sastera rakyat merujuk kepada kesusasteraan rakyat daripada masa lampau, yang telah menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Sastera rakyat adalah sebahagian daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Misalnya dalam masyarakat Melayu lama cerita rakyat merupakan satu bentuk hiburan yang penting untuk orang kampung.
Cerita rakyat merupakan satu bentuk cerita yang popular di kalangan rakyat, yang menjadi hiburan penting di masyarakat berkenaan.Dalam masyarakat Melayu, terdapat pelbagi jenis cerita rakyat seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita penglipur lara dan cerita pengalaman.
Here I Go Again....
13 years ago
No comments:
Post a Comment