Friday, September 19, 2008

Perhimpunan Pagi Jumaat - 19 September 2008

Di sekolah hari ini kawan-kawan yang ada menjengok blog ini komen dan bertanya, wah dah pasang lagu raya... bukan raya lagi 11 hari?? Iye... 11 hari, tapi tak lama lagi dah, dan memang saja letak lagu raya untuk wujudkan suasana hari raya. Sebab bila cuti hari raya selama seminggu nanti besar kemungkinan blog tak akan di update sepanjang cuti berkenaan. Kat kampung tak ada talian internet, lagi pun cuti rayakan jadi masa nie la pun nak berehat, memasak, menziarahi sanak-saudara dan rakan-taulan...
Pagi tadi perhimpunan sekolah dijalankan di padang kawad dan di awal perhimpunan terdapat pelangi di langit dan burung-burung helang berterbangan. Tetapi bila hari semakin meninggi pelangi tersebut hilang dari pandangan. Dalam gambar di atas ada pelangi tapi tidak berapa kelihatan. Cuba lihat gambar di bawah pula.
Nampak tak pelangi tersebut? Pelangi tu tinggal hujung-hujung sahaja dan dah mula menghilang dari pandang bila matahari semakin meninggi. Indah betul pemandangan pagi hari tadi semasa perhimpunan.

No comments: