Monday, October 20, 2008

Program Gilap Bintang dan Galas Harapan Sejarah


Untuk tahun 2008, JPN Perak meminta sekolah-sekolah untuk mengadakan satu program yang dipanggil Gilap Bintang dan Galas Harapan untuk mata pelajaran Sejarah. Untuk program ini latih tubi telah diadakan untuk pelajar-pelajar 5 KE 2 untuk program Gilap Bintang iaitu program untuk pelajar yang berpotensi untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2008. Insyallah.

Bagi pelajar-pelajar 5 KE 2, latihan ini diambil dari Pecutan Akhir Sejarah 2008 yang telah dikeluarkan oleh JPN Perak. Dalam Pecutan Akhir ini, terdapat 4 set latihan untuk Kertas 2 Sejarah SPM. Semoga pelajar mendapat manfaat dari latihan yang diberikan dalam mendapat keputusan cemerlang dalam Sejarah SPM.

No comments: