Friday, October 17, 2008

Gambar di Pagi Jumaat

Minggu lepas gambar untuk kelas, kelab dan persatuan telah diambil dan hari ini tiba pula giliran untuk guru-guru. Oleh itu selepas perhimpunan pagi di Dataran Kejat, proses mengambil gambar guru, mengikut bidang, gambar kakitangan sekolah, pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber telah diambil.

Ini dia orang penting dengan kameranya dalam proses mengambil gambar ini Cikgu Ridaudin dan Cikgu Syahidi

Seorang lagi orang penting Cikgu Jamil

Okay yang kurang tinggi ke tepi ye....., persediaan untuk mengambil gambar guru-guru Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung bagi sesi 2008
Sementara menunggu giliran untuk mengambil gambar mengikut bidang masing-masing, guru-guru sempat posing.

Cikgu Jamil ke hulu ke hilir memberi arahan untuk melancarkan proses mengambil gambar.

Selepas mengambil gambar, mana cikgu yang tiada kelas terus ke kantin untuk menjamu selera.

No comments: