Monday, October 20, 2008

Program Gilap Bintang dan Galas Harapan Sejarah - 2


Program Gilap Bintang dan Galas Harapan Sejarah telah dijalankan untuk kelas 5 ICT hari ini. Gambar di atas menunjukkan pelajar-pelajar 5 ICT mengira dan menyusun kertas-kertas soalan dari Pecutan Akhir untuk kegunaan kelas mereka. Kertas-kertas ini telah diambil pada hari Jumaat lepas iaitu 17 Oktober 2008.

Hari ini latihan yang telah diberikan disemak bersama-sama. Tapi nampaknya hanya segelintir sahaja yang telah menyiapkan set 1 dari 4 set soalan yang diberikan. Waktu balik kampung nampaknya pelajar ramai yang tidak melakukan tugasan yang diberi. Hhhhmmmmm....... Macam mana tu???

No comments: