Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu di lakukan.
Kesannya, anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang anda kesali seumur hidup.
Bagaimana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat Anda tertekan.
Masalah kebanyakan orang, mereka tidak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.
Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada sesuatu yang kita tidak berpuas hati, mungkin sebab kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja atau sekolah yang membuat kita geram sendiri.
Kita perlu sentiasa istighfar dan memaafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu dapat membuang rasa tertekan, membuat kita 'immune' dari stress.Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari.
Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.
2 comments:
Saya setuju sangat-sangat dengan cik/puan.
Tambahan :
Kita juga dapat menenangkan diri dengan sentiasa mengingatkan diri kita bahawa tiada masalah dalam kehidupan. Yang ada cuma ujian daripada Allah.Blog saya:
http://asiyahhasan02.blogspot.com/
Saya setuju dengan Asiyah bukan kehidupan namanya jika tanpa masalah dan ujian. Tapi sebagai manusia kita kena pandai mencari jalan dan cara untuk menyelesaikannya. Jangan terlalu terikut-ikut dan terbuai dengan masalah yang mendatang. Yang penting ingat padaNYA.
Terima kasih kerana berkunjung
Post a Comment