Saturday, August 09, 2008

Majlis Graduasi, Anugerah Kecemerlangan Kurikulum dan Aqiqah 2008

Hari ini berlangsungnya satu majlis yang gilang gemilang untuk meraikan pelajar-pelajar tingkatan 5 dan semua yang memperoleh kejayaan cemerlang dalam kurikulum tahun 2008. Majlis bermula dari semalam 8.8.08, dengan Aqiqah dan jamuan makan sup di sebelah malam untuk menjamu mereka yang bertungkus lumus menjayakan aqiaqah tersebut. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sebagaimana yang dirancangkan.

Oleh kerana saya ditugaskan di dalam AJK Sambutan maka antara persiapan awal adalah menyediakan bunga telur untuk diberikan kepada VIP, tetamu serta para guru dan kakitangan sekolah. Selain itu bunga telur ini juga akan digunakan untuk mengarak VIP dari perbarisan dan seterusnya diletakkan di atas pentas. Pelajar dari kelas 4 KE 8 dan 4KE1 ditugaskan untuk membantu mengikat bunga telur dan mengedarkannya pada hari ini. Kerja-kerja ini bermula dari pukul 3.30 - 4.30 petang semalam, Jumaat 8.8.08

Mula-mula kerja-kerja mengikat bunga telur dijalankan dipondok ilmu sementara menunggu Pusat Sumber sekolah dibuka. Jangan tak tau pelajar lelaki pun pandai mengikat bunga telur ini.


Inilah bunga telur yang telah disiapkan. Rajin pelajar-pelajar 4KE8 dan 4KE1 ada bakat kraftangan.

No comments: