Tuesday, August 26, 2008

Tema Hari Kemerdekaan Malaysia

Tidak sampai empat hari lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 51. Oleh itu apa kata kita mengimbas semula tema-tema hari kemerdekaan pada tahun-tahun lepas. Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970. Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970 Muhibah dan Perpaduan

1971 Masyarakat Progresif

1972 Masyarakat Adil

1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia

1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan

1975 Masyarakat Berdikari

1976 Ketahanan Rakyat

1977 Bersatu Maju

1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan

1979 Bersatu Berdisiplin

1980 Berdisiplin Berbakti

1981 Berdisiplin Berharmoni

1982 Berdisiplin Giat Maju

1983 Bersama Ke Arah Kemajuan

1984 Amanah Asas Kejayaan

1985 Nasionalisme Teras Perpaduan

1986 Bangsa Tegas Negara Teguh

1987 Setia Bersatu Berusaha Maju

1988 Bersatu

1989 Bersatu

1990 Berjaya

1991 Wawasan 2020

1992 Wawasan Asas Kemajuan

1993 Bersatu Menuju Wawasan

1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan

1995 Jatidiri Pengerak Wawasan

1996 Budaya Penentu Kecapaian

1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya

1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita

1999 Bersatu Ke Alaf Baru

2000-2006 Keranamu Malaysia

2007 Malaysiaku Gemilang

2008 Perpaduan Teras KejayaanRekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

No comments: