Peperiksaan penting seperti SPM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.
Pada 28 Ogos 2008, Panitia Sejarah SMTSM dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah menganjurkan Ceramah Teknik Menjawab Sejarah SPM untuk pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menghadapi Peperiksaan Percubaan SPM 2008 bermula pada 8 September 2008 dan SPM sebenarnya pada bulan November nanti. Ceramah ini diadakan di Dewan Makan Aspuri kerana dewan sekolah digunakan untuk program lain.
Ceramah kali ini disampaikan oleh Tuan Haji Zafarullah bin Yaakob, seorang guru sejarah yang berpengalaman dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Seri Iskandar. Cikgu Zafa adalah nama pena Cik Zafarullah yang merupakan penulis untuk ruangan matapelajaran sejarah dalam SKOR akhbar sisipan Berita Harian setiap hari Rabu.
Ceramah yang disampaikan di Dewan Makan Aspuri dipenuhi oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 yang menjadi harapan sekolah untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM 2008.
Sekolah amat berbangga kerana Cikgu Zafarullah dapat meluangkan masa untuk menyampaikan teknik menjawab soalan Sejarah SPM.
Semoga ceramah teknik menjawab soalan ini dapat memberi faedah kepada para pelajar dalam menghadapi peperiksaan. Sekolah telah mengatur pelbagai program untuk kecemerlangan pelajar, sekarang terpulang kepada diri pelajar sendiri untuk memperolehi kejayaan.
Pelajar yang berminat mengambil peluang untuk menanyakan soalan kepada penceramah tentang kemusykilan mereka selepas selesai ceramah.
Dalam suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa yang terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda melatih mengeluarkan maklumat.
Here I Go Again....
13 years ago
No comments:
Post a Comment