Mesyuarat kali ini telah dijalankan di Pusat Kegiatan Guru (PKG), Sitiawan bermula dari 28 sehingga 29 Ogos 2008. Oleh kerana mesyuarat ini diadakan di Sitiawan sahaja maka mudah untuk saya balik ke sekolah untuk menguruskan beberapa kerja yang perlu diselesaikan seperti Teknik Menjawab Soalan Sejarah SPM yang diadakan pada 28 Ogos dan Sambutan Kemerdekaan Negara ke-51 yang diadakan pada hari Jumaat 29 Ogos semasa perhimpunan pagi sekolah.
Kelihatan Tuan Haji Abdul Razak Manaf, Penyelia Kurikulum Sejarah, Jabatan Pelajaran Perak dan Cikgu Puzie Yahya semasa memberi taklimat tentang mesyuarat kali ini.
Guru-guru Sumber sedang tekun menyiapkan tugasan yang diberikan untuk memastikan CD Pecutan Akhir Sejarah SPM dan PMR dapat diedarkan ke sekolah-sekolah seperti yang dirancangkan.
Masing-masing asyik menghadap komputer untuk menyiapkan tugasan.
Perjumpaan kali ini adalah untuk memperbaiki dan menghimpun soalan-soalan yang telah dibina oleh Guru-guru Sumber. Modul Pecutan Akhir Sejarah PMR dan SPM ini terdapat 4 set soalan yang telah dibina untuk latihan para pelajar bagi menghadapi peperiksaan.
Here I Go Again....
13 years ago
No comments:
Post a Comment