Friday, August 15, 2008

Selamat Bercuti

Cuti sekolah pertengahan penggal kedua, selama seminggu bermula 16 Ogos 2008 hingga 24 Ogos 2008. Pelajar-pelajar kelihatan gembira dan bersemangat menyanyikan lagu-lagu seperti Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah semasa perhimpunan pagi. Pelajar asrama telah siap sedia dengan baju batik untuk balik kampung. Rasanya ramai yang diri mereka telah terbang ke kampung halaman masing-masing, untuk bertemu ibubapa. Seronokkan bila masih ada ibu dan juga bapa.... Bila mereka telah tiada, kita akan rasa kehilangan yang amat sangat tak serupa lagi balik ke kampung bila salah seorang telah tiada apa tah lagi jika kedua-duanya tiada. Oleh itu hargailah kedua-duanya sementara mereka masih ada. Jangan malu-malu untuk tunjukkan kasih sayang kita kepada keduanya. Ucapkan sayang kita pada mereka dan bukan pada buah hati sahaja.
Pelajar tingkatan 4 bukan main gembira lagi semasa menanyikan lagu-lagu di perhimpunan.
Pelajar tingkatan 5 jangan lupa Peperiksaan Percubaan SPM dah tak lama lagi, percubaan untuk matapelajaran teknikal dan vokasional baru je berlalu dan ada yang lebih besar menanti anda semua.. Cuti seminggu nie gunakan untuk mengulangkaji mana yang belum selesai dan tingkatkan kemahiran dalam menjawab soalan. Jangan lupa baca buku Sejarah. Sejarah bukan susah ye... Apa yang perlu sedikit minat dan rajin membaca buku teks selepas itu hafal. Semoga berjaya...
Rakan-rakan guru pun ramai yang gembira untuk menghadapi cuti sekolah dan pelbagai rancangan telah dirancang. Jangan lupa pada 21 Ogos ini bermula Program Elit 2008 nampaknya pendek aje la cuti kita kali nie. Cikgu Mazlina dan Anizam ke mana cuti ni??

No comments: