Thursday, August 07, 2008

Perjanjian Pangkor 1874

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani di antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja'afar Mua'azzam Shah. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak - satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangan di atas kapal HMS Pluto.

Raja Muda Abdullah ibni Sultan Jaafar, Sultan Perak ke 26 dari 1874 - 1876

Sir Andrew Clarke

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali, Raja Abdullah sepatutnya dilantik sebagai sultan baru tetapi Raja Ismail yg telah dilantik. Perasaan tidak puas hati inilah yang mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Satu lagi sebab ialah permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin and Hai San untuk merebut lombong bijih timah.

Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.

Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh JWW Birch yang akibatnya ialah Perak berhadapan dengan Inggeris dalam siri peperangan hingga tahun 1876.
Ramai wira Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain. Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.Inggeris kemudiannya telah membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Bandar-bandar baru telah muncul dengan pesatnya di Perak. Kemunculan bandar-bandar baru ini telah dengan sendirinya mengasingkan orang Melayu daripada pembangunan.

1 comment: