Ustaz Zulnizam dan pelajar-pelajar bersama-sama memotong daging dan tulang dari lembu aqiqah sebanyak dua ekor. Daging akan digunakan untuk masak hitam dan dalca untuk jamuan makan tengahari selepas tamat Majlis Graduasi yang akan diadakan di Dewan Makan Aspuri. Manakala tulang akan digunakan untuk memasak sup yang akan dimakan beramai-ramai pada sebelah malam sebelum Majlis Graduasi tersebut.
Guru, kaki tangan dan pelajar bersama-sama bergotong royong memasak sup tulang untuk jamuan semua.
Tukang masak utama untuk masak sup adalah Cikgu Azhar dan kelihatan juga Cikgu Redhuan, Setiausaha PIBG orang kuat untuk program Aqiqah.
Tahun ini 3 periuk sup dimasak untuk jamuan pada sebelah malam. Sup ini akan dimakan dengan bihun dan kicap cili.Saya percaya ramai yang tidak pernah merasai hidangan di bawah. Menurut cikgu Azhar, orang utara pasti tahu resepi ini. Perut lembu bahagian usus dimasak bersama dengan gula dan gula merah dan dibiarkan hingga airnya kering. Seelok-eloknya selepas itu dipanggang lagi untuk menambah keenakkannya.

Organ dalaman lembu aqiaqh tersebut seperti hati, limpa dimasak goreng sahaja dan ditambah bawang dan cili.
No comments:
Post a Comment