Tuesday, August 12, 2008

Pentadbiran Tentera British

Hari ini dah 12 Ogos 2008 dan sempena bulan kemerdekaan saya akan memaparkan secara ringkas sejarah kemerdekaan Tanah Melayu bermula dari selepas Perang Dunia ke-2. Tajuk ini ada dalam sukatan pelajaran sejarah tingkatan 5 dalam bab 4 bermula dengan Malayan Union 1946.

Pada 14 Ogos 1945, pihak Jepun telah menyerah kalah dan penjajahan tentera Jepun di Malaya pun berakhir. Penjajahan Jepun, serta kekalahan British di Malaya, Belanda di Indonesia dan Amerika di Filipina telah mengakibatkan keunggulan kuasa barat telah hilang atau berkurangan. Kerajaan British sepatutnya melindungi Malaya berikutan dengan satu perjanjian telah ditandatangani dengan Raja-raja Melayu di mana British telah memberi jaminan untuk melindungi negeri-negeri Melayu sebagai balasan kepada pelbagai keistimewaan dan hak yang dinikmatinya. Namun, apabila tentera Jepun menyerang Malaya, pihak British tidak menyediakan pertahanan yang cukup yang mengakibatkan Malaya tewas dengan mudah. Walau bagaimanapun, penjajahan Jepun telah menimbulkan kesedaran politik penduduk tempatan dan apabila pihak British kembali ke Malaya, satu situasi baru telah muncul.

No comments: