Prgram dimulakan dengan membaca perutusan dari Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia oleh En Wan Yusaini, diikuti dengan perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia oleh En Mohd Lotpi Razali dan diakhiri dengan perutusan dari Yang Di[ertuan Agong oleh Puan Siti Arfah Ibrahim, Pengetua Kanan, SMTSM.
Seterusnya bendera Malaysia dan lirik lagu sambutan kemerdekaan tahun ini iaitu Perpaduan Teras Kejayaan telah diberikan kepada setiap guru dan pelajar. Pelajar-pelajar dari 4KE8 dan pengawas sekolah telah menolong dalam tugasan ini.
Deklamasi sajak dan syair yang bertemakan kemerdekaan telah disampaikan oleh pelajar-pelajar dan diikuti dengan nyanyian lagu tema kemerdekaan tahun ini beramai-ramai.
Perhimpunan diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah, Perak Gemilang dan bacaan Rukun Negara oleh pengawas bertugas. Ahli jawatankuasa sambutan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.

1 comment:
Boleh saya tahu tentang cikgu Siti Rosnani Ihsan? Adakah dia berasal dari Kelang Selangor? Adakah dia pernah belajar di UiTM dalam bidang Kej. Elektronik. Kalau benar dialah kawan yang saya cari. Saya kawan lamanya dari UiTM dan nama Salasiah Hitam. Kalau benar, diminta menghubungi saya di salasiah@eng.upm.edu.my dan no 012-3615379. Terima kasih.
Post a Comment