Mesyuarat untuk menyiapkan Modul Pecutan Akhir SPM dan PMR 2008 kali kedua diadakan di PKG Langkap yang berada di dalam SK Seri Langkap, Langkap. Ini merupakan kali pertama saya sampai ke pekan Langkap. Selama ni bila hendak ke selatan melalui lebuhraya di Bidor selalu nampak signboard Langkap tapi tak pernah masuk ke jalan tersebut. Pekan ni kecil sahaja dan belum banyak pembangunan.
Guru-guru sumber sejarah sedang tekun menjalankan kerja menyiapkan soalan-soalan untuk latihan Pecutan Akhir yang insyaallah akan diedarkan ke sekolah-sekolah di negeri Perak pada bulan September untuk latihan sebelum menduduki peperiksaan SPM dan PMR yang sebenarnya. Kelihatan Cikgu Habshah, Zuraidi, Daud dan Kamarul.
Cikgu Norliza dan Rohaiza ditugaskan untuk menyediakan soalan-soalan PMR.
Perbincangan sering diadakan untuk memastikan soalan yang dihasilkan berkualiti.
Cikgu Mohd Idris dari SMK Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak, antara Guru Sumber Sejarah yang berpengalaman.
Here I Go Again....
13 years ago
No comments:
Post a Comment