





Sempena dengan Bulan Kemerdekaan dan sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-51
Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Malaysia (MIFC 2008) telah berlangsung bermula dari 12 August 2008 sehingga 29 August 2008. MIFC 2008 bakal menyaksikan penyertaan daripada empat buah negara iaitu Malaysia, China, Kanada dan Sepanyol. Pertandingan tersebut dimulakan Malaysia pada 12 Ogos, China (16 Ogos), Kanada (20 Ogos) dan Sepanyol (24 Ogos). Pertandingan akhir MIFC yang berlangsung pada 29 Ogos menampilkan persembahan istimewa daripada pasukan Australia iaitu pasukan yang menjadi johan pada pertandingan tahun lepas 2007.
Pertandingan ini dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan mengambil masa selama 20 minit bagi setiap pertunjukan dan bermula pada pukul 10.00 malam. Pertandingan bunga api ini telah menggegarkan dan menyinari Putrajaya. Ruang udara Putrajaya telah dilimpahi percikan bunga api bersama irama muzik dan cahaya berwarna-warni. Memang sesuatu yang menakjubkan apabila melihat persembahan bunga api dari pelbagai negara. Tetapi saya hanya sempat menyaksikan persembahan dari pasukan Kanada sahaja pada 20 Ogos 2008 yang lalu (20.08.2008) kerana masih dalam cuti sekolah.
No comments:
Post a Comment