Sunday, August 31, 2008

Sambutan Di Ambang Kemerdekaan Ke 51

Sambutan di ambang kemerdekaan ke-51 peringkat sekolah telah dijalankan secara sederhana dan telah dihadiri oleh Puan Siti Arfah Ibrahim Pengetua Kanan SMTSM, Encik Abu Bakar Basir Pengerusi PIBG,Ustaz Mohd Lotpi Razali Penolong Kanan, guru-guru dan pelajar-pelajar asrama dengan berbaju batik. Majlis bermula selepas Isyak di mana sebelum itu telah diadakan bacaan Yaasin dan doa selamat di surau sekolah.


Majlis dimulakan dengan Forum tentang Sambutan Kemerdekaan dan Bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba. Pengerusi untuk forum ini adalah Ustaz Syed Sharim.



Selepas tamat forum pelajar-pelajar diberi makanan dan minuman sambil ditayangkan CD tentang kehidupan Siti Fatimah pelajar cemerlang SPM 2006 dari Kelantan yang mendapat 18A1. Moga cerita Siti Fatimah ini akan memberi semangat untuk pelajar-pelajar SMTSM mencapai kecemerlangan.



Sebelum detik 12 malam siaran langsung dari TV1 ditayangkan di screen untuk countdown hingga ke pukul 12.00. Seterusnya lagu Negaraku dimainkan diikuti dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Mohd Fauzi Mohd Nor.



Pelajar-pelajar begitu bersemangat sewaktu menyanyikan lagu Negaraku dan moga semangat patriotik ini tetap teguh dalam jiwa sanubari. Semangat patriotik bukan dengan hanya mengibarkan bendera sahaja tetapi lebih lagi. Usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran juga adalah satu semangat patriotik untuk mengharumkan nama keluarga, sekolah malahan negara juga.


No comments: